وَلِكُلٍّ دَرَجٰتٌ مِّمَّا عَمِلُوْاۚ وَلِيُوَفِّيَهُمْ اَعْمَالَهُمْ وَهُمْ لَا يُظْلَمُوْنَ 19
Dan bagi setiap mereka disediakan pelbagai peringkat balasan yang sesuai dengan apa yang telah mereka lakukan; dan yang demikian itu supaya Allah menyempurnakan untuk mereka balasan amalan-amalan mereka, sedang mereka sama sekali tidak dizalimi.