وَلَقَدْ مَكَّنّٰهُمْ فِيْمَآ اِنْ مَّكَّنّٰكُمْ فِيْهِ وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا وَّاَبْصَارًا وَّاَفْـِٕدَةًۖ فَمَآ اَغْنٰى عَنْهُمْ سَمْعُهُمْ وَلَآ اَبْصَارُهُمْ وَلَآ اَفْـِٕدَتُهُمْ مِّنْ شَيْءٍ اِذْ كَانُوْا يَجْحَدُوْنَ بِاٰيٰتِ اللّٰهِ وَحَاقَ بِهِمْ مَّا كَانُوْا بِهٖ يَسْتَهْزِءُوْنَ ࣖ26
Dan demi sesungguhnya! Kami telah meneguhkan kedudukan mereka yang tidak pernah Kami berikan seumpamanya kepada kamu, dan Kami telah ciptakan bagi mereka pendengaran, penglihatan dan hati. Tetapi pendengaran, penglihatan dan hati mereka tidak memberikan manfaat sedikit pun, ini kerana mereka sentiasa mengingkari ayat-ayat Allah; akibatnya mereka ditimpa azab yang mereka persendakan itu.