۞ اَفَلَمْ يَسِيْرُوْا فِى الْاَرْضِ فَيَنْظُرُوْا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِهِمْ ۗ دَمَّرَ اللّٰهُ عَلَيْهِمْ ۖوَلِلْكٰفِرِيْنَ اَمْثَالُهَا 10
Maka tidakkah mereka mengembara di muka bumi dan menyaksikan bagaimana akibat orang kafir yang terdahulu daripada mereka? Allah telah menghancurkan mereka, dan orang kafir yang mengikut jejak mereka akan mendapat akibat yang buruk seperti itu.