Tafsir Surah

47Muhammad - محمّد

Ayat ke-4

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَاِذَا لَقِيْتُمُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا فَضَرْبَ الرِّقَابِۗ حَتّٰٓى اِذَآ اَثْخَنْتُمُوْهُمْ فَشُدُّوا الْوَثَاقَۖ فَاِمَّا مَنًّاۢ بَعْدُ وَاِمَّا فِدَاۤءً حَتّٰى تَضَعَ الْحَرْبُ اَوْزَارَهَا ەۛ ذٰلِكَ ۛ وَلَوْ يَشَاۤءُ اللّٰهُ لَانْتَصَرَ مِنْهُمْ وَلٰكِنْ لِّيَبْلُوَا۟ بَعْضَكُمْ بِبَعْضٍۗ وَالَّذِيْنَ قُتِلُوْا فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ فَلَنْ يُّضِلَّ اَعْمَالَهُمْ 4

Oleh itu, apabila kamu berjuang menentang orang kafir dalam peperangan, maka pancunglah lehernya, sehingga kamu dapat membunuh mereka dengan banyak dan mengalahkannya, maka tawanlah dan ikatlah mereka dengan kuat. Setelah selesai peperangan itu, maka terserahlah kepada kamu sama ada hendak membebaskan tawanan-tawanan itu atau menerima tebusan daripada mereka; sehinggalah berakhir peperangan dengan berlakunya pengislaman atau perjanjian dengan mereka. Demikianlah kamu diperintahkan melakukannya. Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah Dia membinasakan mereka tetapi Dia memerintahkan kamu berbuat demikian kerana hendak menguji kesabaran kamu menentang golongan kafir. Dan orang yang telah berjuang serta yang gugur syahid di jalan Allah, maka Allah sama sekali tidak akan mensia-siakan amalan mereka.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)