Tafsir Surah

48Al-Fath - الفتح

Ayat ke-11

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

سَيَقُوْلُ لَكَ الْمُخَلَّفُوْنَ مِنَ الْاَعْرَابِ شَغَلَتْنَآ اَمْوَالُنَا وَاَهْلُوْنَا فَاسْتَغْفِرْ لَنَا ۚيَقُوْلُوْنَ بِاَلْسِنَتِهِمْ مَّا لَيْسَ فِيْ قُلُوْبِهِمْۗ قُلْ فَمَنْ يَّمْلِكُ لَكُمْ مِّنَ اللّٰهِ شَيْـًٔا اِنْ اَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا اَوْ اَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا ۗبَلْ كَانَ اللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْنَ خَبِيْرًا 11

Orang Arab Badwi yang ketinggalan dan tidak turut serta ke Hudaibiyah akan berkata kepadamu, “Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami. Oleh itu, pohonlah keampunan Allah untuk kami.” Sungguh, mereka berkata dengan lidah mereka apa yang tiada dalam hati mereka. Katakanlah wahai Muhammad, “Maka siapakah yang berkuasa menahan kamu daripada menerima sesuatu ketetapan daripada Allah jika Dia menetapkan kamu akan ditimpa bahaya atau mendapat manfaat?” Bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan itu.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)