Tafsir Surah

48Al-Fath - الفتح

Ayat ke-15

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

سَيَقُوْلُ الْمُخَلَّفُوْنَ اِذَا انْطَلَقْتُمْ اِلٰى مَغَانِمَ لِتَأْخُذُوْهَا ذَرُوْنَا نَتَّبِعْكُمْ ۚ يُرِيْدُوْنَ اَنْ يُّبَدِّلُوْا كَلٰمَ اللّٰهِ ۗ قُلْ لَّنْ تَتَّبِعُوْنَا كَذٰلِكُمْ قَالَ اللّٰهُ مِنْ قَبْلُ ۖفَسَيَقُوْلُوْنَ بَلْ تَحْسُدُوْنَنَا ۗ بَلْ كَانُوْا لَا يَفْقَهُوْنَ اِلَّا قَلِيْلًا15

Orang yang tidak ikut berjuang bersama-sama kamu akan berkata ketika kamu pergi mendapatkan harta rampasan perang, “Biarkanlah kami mengikut kamu!” Mereka hendak mengubah janji Allah yang menentukan hanya orang yang hadir di Hudaibiyah sahaja yang berhak mendapat harta rampasan perang itu. Katakanlah wahai Muhammad, “Kamu tidak dibenarkan sama sekali mengikut kami. Demikianlah Allah menegaskan larangan itu semenjak dahulu lagi.” Mereka akan berkata pula, “Bahkan kamu dengki kepada kami.” Padahal mereka tidak memahami kecuali sedikit sahaja.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)