قُلْ لِّلْمُخَلَّفِيْنَ مِنَ الْاَعْرَابِ سَتُدْعَوْنَ اِلٰى قَوْمٍ اُولِيْ بَأْسٍ شَدِيْدٍ تُقَاتِلُوْنَهُمْ اَوْ يُسْلِمُوْنَ ۚ فَاِنْ تُطِيْعُوْا يُؤْتِكُمُ اللّٰهُ اَجْرًا حَسَنًا ۚ وَاِنْ تَتَوَلَّوْا كَمَا تَوَلَّيْتُمْ مِّنْ قَبْلُ يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا اَلِيْمًا 16
Katakanlah wahai Muhammad kepada orang Arab Badwi yang tidak ikut berjuang bersama-samamu, “Kamu akan diajak menentang satu kaum yang sangat kuat; kamu akan memeranginya atau mereka menyerah dengan memeluk Islam. Jika kamu taat, Allah akan mengurniakan kamu dengan ganjaran yang baik, dan jika kamu berpaling seperti keingkaran kamu dahulu, pasti Allah akan menyeksa kamu dengan azab yang sangat pedih”