Tafsir Surah

48Al-Fath - الفتح

Ayat ke-25

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

هُمُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا وَصَدُّوْكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَالْهَدْيَ مَعْكُوْفًا اَنْ يَّبْلُغَ مَحِلَّهٗ ۚوَلَوْلَا رِجَالٌ مُّؤْمِنُوْنَ وَنِسَاۤءٌ مُّؤْمِنٰتٌ لَّمْ تَعْلَمُوْهُمْ اَنْ تَطَـُٔوْهُمْ فَتُصِيْبَكُمْ مِّنْهُمْ مَّعَرَّةٌ ۢبِغَيْرِ عِلْمٍ ۚ لِيُدْخِلَ اللّٰهُ فِيْ رَحْمَتِهٖ مَنْ يَّشَاۤءُۚ لَوْ تَزَيَّلُوْا لَعَذَّبْنَا الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْهُمْ عَذَابًا اَلِيْمًا25

Mereka itulah orang kafir yang menghalang kamu daripada memasuki Masjidil Haram serta menyebabkan binatang-binatang korban yang kamu bawa tertahan daripada sampai ke tempat penyembelihannya. Kalaulah tidak kerana adanya lelaki dan perempuan yang beriman di Makkah yang kamu tidak ketahui iman mereka sehingga mengakibatkan kamu akan membunuh mereka yang menyebabkan kamu ditimpa kesulitan dan dukacita tanpa pengetahuan tentulah kamu diizinkan memerangi mereka. Tetapi Allah tidak mengizinkan kerana Allah hendak memasukkan sesiapa yang dikehendaki dalam rahmat-Nya. Jika penduduk Makkah yang beriman dan yang musyrik itu berpisahan antara satu puak dengan yang lain, tentulah Kami menyeksa orang-orang yang kafir dalam kalangan mereka dengan azab dunia yang sangat pedih.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)