Tafsir Surah

48Al-Fath - الفتح

Ayat ke-29

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللّٰهِ ۗوَالَّذِيْنَ مَعَهٗٓ اَشِدَّاۤءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاۤءُ بَيْنَهُمْ تَرٰىهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَّبْتَغُوْنَ فَضْلًا مِّنَ اللّٰهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيْمَاهُمْ فِيْ وُجُوْهِهِمْ مِّنْ اَثَرِ السُّجُوْدِ ۗذٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِى التَّوْرٰىةِ ۖوَمَثَلُهُمْ فِى الْاِنْجِيْلِۚ كَزَرْعٍ اَخْرَجَ شَطْـَٔهٗ فَاٰزَرَهٗ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوٰى عَلٰى سُوْقِهٖ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيْظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ ۗوَعَدَ اللّٰهُ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ مِنْهُمْ مَّغْفِرَةً وَّاَجْرًا عَظِيْمًا ࣖ 29

Nabi Muhammad ialah Rasulullah dan orang yang bersama-sama dengannya bersikap tegas terhadap orang kafir yang memusuhi Islam, tetapi sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama umat Islam. Engkau melihat mereka sentiasa rukuk dan sujud, dengan mengharapkan kurniaan pahala dan keredhaan daripada Tuhan mereka. Tanda-tanda kesolehan jelas kelihatan pada wajah mereka, kesan daripada sujud. Demikianlah sifat mereka yang tersebut dalam Kitab Taurat, dan sifat mereka dalam Kitab lnjil pula ialah mereka diibaratkan seperti pokok yang mengeluarkan tunas, lalu tunas itu membesar sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas pangkal batangnya dengan keadaan yang mengagumkan orang yang menanamnya; kerana Allah hendak menimbulkan kemarahan orang kafir dengan kekuatan umat Islam itu. Allah telah menjanjikan kepada orang yang beriman dan beramal soleh antara mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)