Tafsir Surah

49Al-Hujurat - الحجرٰت

Ayat ke-11

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُوْنُوْا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَاۤءٌ مِّنْ نِّسَاۤءٍ عَسٰٓى اَنْ يَّكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّۚ وَلَا تَلْمِزُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوْا بِالْاَلْقَابِۗ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوْقُ بَعْدَ الْاِيْمَانِۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوْنَ 11

Wahai orang beriman! Janganlah sesuatu kaum mencemuh kaum yang lain, kerana mungkin mereka yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula para wanita mencemuh wanita yang lain, kerana mungkin yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sebahagian kamu menyatakan keaiban sebahagian yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruk sebutan nama fasik kepada seseorang yang sudah beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat, maka merekalah orang yang zalim.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)