قَدْ سَاَلَهَا قَوْمٌ مِّنْ قَبْلِكُمْ ثُمَّ اَصْبَحُوْا بِهَا كٰفِرِيْنَ 102
Terdapat kaum yang telah bertanya kepada nabi-nabi mereka perkara yang serupa sebelum kamu. Namun kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu kerana setelah diterangkan, mereka tidak menerimanya.