وَاِذَا قِيْلَ لَهُمْ تَعَالَوْا اِلٰى مَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ وَاِلَى الرَّسُوْلِ قَالُوْا حَسْبُنَا مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ اٰبَاۤءَنَا ۗ اَوَلَوْ كَانَ اٰبَاۤؤُهُمْ لَا يَعْلَمُوْنَ شَيْـًٔا وَّلَا يَهْتَدُوْنَ 104
Dan apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah mengikut al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan Sunnah Rasul-Nya.” Mereka menjawab, “Cukuplah bagi kami apa yang kami warisi daripada nenek moyang kami dahulu.” Adakah cukup mereka sekadar mengikut walaupun nenek moyang mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak mendapat hidayah petunjuk? Berserah kepada Allah setelah amar makruf dan nahi mungkar