Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-107

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَاِنْ عُثِرَ عَلٰٓى اَنَّهُمَا اسْتَحَقَّآ اِثْمًا فَاٰخَرٰنِ يَقُوْمٰنِ مَقَامَهُمَا مِنَ الَّذِيْنَ اسْتَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْاَوْلَيٰنِ فَيُقْسِمٰنِ بِاللّٰهِ لَشَهَادَتُنَآ اَحَقُّ مِنْ شَهَادَتِهِمَا وَمَا اعْتَدَيْنَآ ۖاِنَّآ اِذًا لَّمِنَ الظّٰلِمِيْنَ 107

Kemudian jika didapati keduadua saksi itu telah melakukan dosa dengan berdusta atau mengkhianati kesaksian mereka, maka hendaklah dua orang yang lain dalam kalangan wariswaris yang lebih dekat dan lebih berhak ke atas si mati menggantikan tempat kedua-dua saksi itu. Saksi-saksi tersebut pula hendaklah bersumpah dengan nama Allah dengan berkata, “Demi sesungguhnya, kesaksian kami lebih berhak diterima daripada kesaksian kedua-dua saksi yang berdusta itu dan kami tidak melampaui batas kerana jika kami berbuat demikian maka kami termasuk dalam golongan orang yang zalim.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)