Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-110

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِذْ قَالَ اللّٰهُ يٰعِيْسَى ابْنَ مَرْيَمَ اذْكُرْ نِعْمَتِيْ عَلَيْكَ وَعَلٰى وَالِدَتِكَ ۘاِذْ اَيَّدْتُّكَ بِرُوْحِ الْقُدُسِۗ تُكَلِّمُ النَّاسَ فِى الْمَهْدِ وَكَهْلًا ۚوَاِذْ عَلَّمْتُكَ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَالتَّوْرٰىةَ وَالْاِنْجِيْلَ ۚوَاِذْ تَخْلُقُ مِنَ الطِّيْنِ كَهَيْـَٔةِ الطَّيْرِ بِاِذْنِيْ فَتَنْفُخُ فِيْهَا فَتَكُوْنُ طَيْرًاۢ بِاِذْنِيْ وَتُبْرِئُ الْاَكْمَهَ وَالْاَبْرَصَ بِاِذْنِيْ ۚوَاِذْ تُخْرِجُ الْمَوْتٰى بِاِذْنِيْ ۚوَاِذْ كَفَفْتُ بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ عَنْكَ اِذْ جِئْتَهُمْ بِالْبَيِّنٰتِ فَقَالَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْهُمْ اِنْ هٰذَآ اِلَّا سِحْرٌ مُّبِيْنٌ 110

lngatlah ketika Allah berfirman, “Wahai Isa lbn Maryam! Kenangilah nikmat-Ku kepada engkau dan ibumu saat Aku menguatkanmu dengan Malaikat Jibrail, engkau dapat berbicara dengan manusia semasa engkau masih bayi dan juga semasa dewasa, dan ingatlah ketika Aku mengajarmu ilmu menulis, hukum-hakam peraturan agama, Taurat dan lnjil. lngatlah ketika Engkau membentuk rupa seekor burung daripada tanah liat dengan keizinan-Ku kemudian engkau hembuskan padanya lantas ia menjadi seekor burung yang hidup dengan keizinan-Ku. Engkau juga menyembuhkan orang buta dan sopak dengan izin-Ku. lngatlah juga ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izin-Ku. Di samping itu, ingatlah ketika Aku menghalang Bani Israel daripada membunuhmu sewaktu engkau datang kepada mereka membawa bukti mukjizat yang jelas. Lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata, “Lni tiada lain hanyalah sihir yang jelas.”

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)