Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-13

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِّيْثَاقَهُمْ لَعَنّٰهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوْبَهُمْ قٰسِيَةً ۚ يُحَرِّفُوْنَ الْكَلِمَ عَنْ مَّوَاضِعِهٖۙ وَنَسُوْا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوْا بِهٖۚ وَلَا تَزَالُ تَطَّلِعُ عَلٰى خَاۤىِٕنَةٍ مِّنْهُمْ اِلَّا قَلِيْلًا مِّنْهُمْ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاصْفَحْ ۗاِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ13

Oleh kerana Bani Israel mengkhianati perjanjian setia, maka Kami telah melaknat mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu. Mereka suka menyeleweng firman Allah daripada tempat-tempatnya yang sebenar, dan mereka sengaja melupakan sebahagian pesan yang telah diperingatkan kepada mereka. Engkau wahai Muhammad akan sentiasa melihat pengkhianatan yang mereka lakukan kecuali sekelompok kecil antara mereka yang tidak khianat, maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)