وَمِنَ الَّذِيْنَ قَالُوْٓا اِنَّا نَصٰرٰٓى اَخَذْنَا مِيْثَاقَهُمْ فَنَسُوْا حَظًّا مِّمَّا ذُكِّرُوْا بِهٖۖ فَاَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاۤءَ اِلٰى يَوْمِ الْقِيٰمَةِ ۗ وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللّٰهُ بِمَا كَانُوْا يَصْنَعُوْنَ14
Dan antara orang-orang yang berkata bahawa 'kami orang Nasrani', Kami telah mengambil perjanjian setia mereka, tetapi mereka sengaja melupakan pesan yang telah diperingatkan kepada mereka dengannya, maka Kami timbulkan permusuhan dan kebencian antara mereka sehingga ke hari kiamat. Dan kelak Allah akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang telah mereka kerjakan.