لَقَدْ كَفَرَ الَّذِيْنَ قَالُوْٓا اِنَّ اللّٰهَ هُوَ الْمَسِيْحُ ابْنُ مَرْيَمَۗ قُلْ فَمَنْ يَّمْلِكُ مِنَ اللّٰهِ شَيْـًٔا اِنْ اَرَادَ اَنْ يُّهْلِكَ الْمَسِيْحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَاُمَّهٗ وَمَنْ فِى الْاَرْضِ جَمِيْعًا ۗوَلِلّٰهِ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۗ يَخْلُقُ مَا يَشَاۤءُ ۗوَاللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ 17
Sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata, “Sesungguhnya Allah itu ialah al-Masih lbn Maryam.” Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka, “Siapakah yang dapat menghalang kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan al-Masih lbn Maryam itu berserta ibunya dan seluruh manusia yang berada di bumi?” Milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan ingatlah! Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu.