Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-18

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَقَالَتِ الْيَهُوْدُ وَالنَّصٰرٰى نَحْنُ اَبْنٰۤؤُ اللّٰهِ وَاَحِبَّاۤؤُهٗ ۗ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُمْ بِذُنُوْبِكُمْ ۗ بَلْ اَنْتُمْ بَشَرٌ مِّمَّنْ خَلَقَۗ يَغْفِرُ لِمَنْ يَّشَاۤءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَلِلّٰهِ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا ۖوَاِلَيْهِ الْمَصِيْرُ18

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata, “Kami ialah anak-anak Allah dan para kekasih-Nya.” Katakanlah wahai Muhammad, “Jika benar demikian, mengapa Allah menyeksa kamu disebabkan oleh dosa-dosamu?” Bahkan kamu semua ialah manusia biasa dalam kalangan makhluk yang diciptakan-Nya. Dia mengampuni sesiapa yang Dia kehendaki dan menyeksa sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Milik Allah-lah kerajaan langit dan bumi serta apa yang ada antara keduanya. Dan kepada-Nya tempat kembali.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)