يٰٓاَهْلَ الْكِتٰبِ قَدْ جَاۤءَكُمْ رَسُوْلُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ عَلٰى فَتْرَةٍ مِّنَ الرُّسُلِ اَنْ تَقُوْلُوْا مَا جَاۤءَنَا مِنْۢ بَشِيْرٍ وَّلَا نَذِيْرٍۗ فَقَدْ جَاۤءَكُمْ بَشِيْرٌ وَّنَذِيْرٌ ۗوَاللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ ࣖ19
Wahai ahli kitab! Sesungguhnya, telah datang rasul Kami kepada kamu; yang menjelaskan kepada kamu tentang syariat Islam, ketika terputusnya kedatangan para rasul, agar kamu tidak mengatakan, “Tidak ada yang datang kepada kami, baik seorang pembawa berita gembira mahupun seorang pemberi peringatan.“ Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu rasul pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu.