۞ وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَاَ ابْنَيْ اٰدَمَ بِالْحَقِّۘ اِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ اَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْاٰخَرِۗ قَالَ لَاَقْتُلَنَّكَ ۗ قَالَ اِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللّٰهُ مِنَ الْمُتَّقِيْنَ27
Ceritakanlah kepada mereka wahai Muhammad! Kisah dua orang putera Nabi Adam dengan sebenarnya, ketika kedua-duanya mempersembahkan korban, maka korban salah seorang daripada mereka diterima dan tidak diterima daripada seorang lagi. Berkata si putera yang tidak diterima korbannya, “Aku pasti membunuhmu!” Putera kedua berkata, “Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.”