Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-3

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيْرِ وَمَآ اُهِلَّ لِغَيْرِ اللّٰهِ بِهٖ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوْذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيْحَةُ وَمَآ اَكَلَ السَّبُعُ اِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْۗ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَاَنْ تَسْتَقْسِمُوْا بِالْاَزْلَامِۗ ذٰلِكُمْ فِسْقٌۗ اَلْيَوْمَ يَىِٕسَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ دِيْنِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِۗ اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ الْاِسْلَامَ دِيْنًاۗ فَمَنِ اضْطُرَّ فِيْ مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّاِثْمٍۙ فَاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ3

Diharamkan ke atas kamu memakan bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih bukan dengan nama Allah, dan yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati jatuh dari tempat tinggi, yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih sebelum ia kehilangan nyawa. Dan diharamkan juga binatang yang disembelih untuk berhala. Juga diharamkan menilik nasib dengan anak panah, kerana ia perbuatan yang fasik. Pada hari ini, orang kafir telah putus asa untuk menewaskan agamamu, maka janganlah kamu takut kepada mereka, sebaliknya takutlah kepada-Ku. Pada hari ini, Aku telah lengkapkan untukmu agamamu, dan Aku telah sempurnakan nikmat-Ku kepadamu, serta Aku telah meredhakan Islam sebagai agamamu. Maka barang siapa yang terpaksa memakan benda yang diharamkan kerana kelaparan, bukan kerana ingin berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)