فَطَوَّعَتْ لَهٗ نَفْسُهٗ قَتْلَ اَخِيْهِ فَقَتَلَهٗ فَاَصْبَحَ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ 30
Maka nafsu jahat putera yang tidak diterima korbannya mendorong beliau sehingga tergamak membunuh saudaranya, lalu dia benar-benar membunuhnya. Lantaran itu jadilah ia antara orang-orang yang rugi.