فَبَعَثَ اللّٰهُ غُرَابًا يَّبْحَثُ فِى الْاَرْضِ لِيُرِيَهٗ كَيْفَ يُوَارِيْ سَوْءَةَ اَخِيْهِ ۗ قَالَ يٰوَيْلَتٰٓى اَعَجَزْتُ اَنْ اَكُوْنَ مِثْلَ هٰذَا الْغُرَابِ فَاُوَارِيَ سَوْءَةَ اَخِيْۚ فَاَصْبَحَ مِنَ النّٰدِمِيْنَ ۛ31
Kemudian Allah mengutuskan seekor burung gagak yang mengorekngorek tanah untuk memperlihatkan kepadanya bagaimana dia patut menguburkan mayat saudaranya. Lalu dia berkata, “Oh, celakalah aku! Mengapa aku tidak mampu membuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?” Lalu termasuklah dia dalam kalangan orang-orang yang menyesal.