سَمّٰعُوْنَ لِلْكَذِبِ اَكّٰلُوْنَ لِلسُّحْتِۗ فَاِنْ جَاۤءُوْكَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ اَوْ اَعْرِضْ عَنْهُمْ ۚوَاِنْ تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَنْ يَّضُرُّوْكَ شَيْـًٔا ۗ وَاِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُمْ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِۗ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِيْنَ42
Mereka itulah golongan yang sangat suka mendengar berita dusta, banyak memakan harta yang haram. Jika mereka datang kepadamu wahai Muhammad untuk meminta penghakiman, maka berilah penghakiman atau berpalinglah daripada mereka. Jika engkau berpaling, maka mereka tidak akan membahayakanmu sedikit pun. Tetapi jika engkau memutuskan hukuman untuk mereka, maka putuskanlah hukuman itu dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orangorang yang adil.