وَكَيْفَ يُحَكِّمُوْنَكَ وَعِنْدَهُمُ التَّوْرٰىةُ فِيْهَا حُكْمُ اللّٰهِ ثُمَّ يَتَوَلَّوْنَ مِنْۢ بَعْدِ ذٰلِكَ ۗوَمَآ اُولٰۤىِٕكَ بِالْمُؤْمِنِيْنَ ࣖ 43
Yang menghairankan bagaimana mereka akan mengambilmu menjadi hakim mereka, padahal mereka mempunyai Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka juga berpaling daripada keputusanmu? Sebenarnya mereka bukanlah orang yang beriman.