Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-49

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَاَنِ احْكُمْ بَيْنَهُمْ بِمَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ وَلَا تَتَّبِعْ اَهْوَاۤءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ اَنْ يَّفْتِنُوْكَ عَنْۢ بَعْضِ مَآ اَنْزَلَ اللّٰهُ اِلَيْكَۗ فَاِنْ تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ اَنَّمَا يُرِيْدُ اللّٰهُ اَنْ يُّصِيْبَهُمْ بِبَعْضِ ذُنُوْبِهِمْ ۗوَاِنَّ كَثِيْرًا مِّنَ النَّاسِ لَفٰسِقُوْنَ49

Dan hendaklah kamu wahai Muhammad! Memutuskan hukum antara mereka menurut apa yang telah diturunkan oleh Allah, dan janganlah engkau mengikut keinginan hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah engkau terhadap mereka, supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sebahagian peraturan yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling daripada hukum yang telah diturunkan Allah, maka ketahuilah bahawa Allah berkehendak untuk menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan daripada manusia ialah orang yang fasik.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)