Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-5

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلْيَوْمَ اُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبٰتُۗ وَطَعَامُ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ حِلٌّ لَّكُمْ ۖوَطَعَامُكُمْ حِلٌّ لَّهُمْ ۖوَالْمُحْصَنٰتُ مِنَ الْمُؤْمِنٰتِ وَالْمُحْصَنٰتُ مِنَ الَّذِيْنَ اُوْتُوا الْكِتٰبَ مِنْ قَبْلِكُمْ اِذَآ اٰتَيْتُمُوْهُنَّ اُجُوْرَهُنَّ مُحْصِنِيْنَ غَيْرَ مُسَافِحِيْنَ وَلَا مُتَّخِذِيْٓ اَخْدَانٍۗ وَمَنْ يَّكْفُرْ بِالْاِيْمَانِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهٗ ۖوَهُوَ فِى الْاٰخِرَةِ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ ࣖ 5

Pada hari ini, dihalalkan bagimu semua makanan yang baik dan lazat. Makanan sembelihan ahli kitab itu halal bagimu, dan makananmu pula halal bagi mereka. Dan dihalalkan bagi kamu menikahi perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan antara perempuan yang beriman dan mereka yang menjaga kehormatannya dalam kalangan mereka yang diberi Kitab sebelum kamu, apabila kamu memberi mas kahwin kepada mereka untuk tujuan bernikah, bukan untuk berzina dan bukan untuk menjadikan mereka perempuan simpanan. Barang siapa yang ingkar dengan syariat Islam setelah dia beriman, maka amalannya menjadi sia-sia dan di akhirat kelak dia termasuk dalam kalangan orang yang rugi.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)