Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-6

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِذَا قُمْتُمْ اِلَى الصَّلٰوةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكُمْ وَاَيْدِيَكُمْ اِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُءُوْسِكُمْ وَاَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِۗ وَاِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوْاۗ وَاِنْ كُنْتُمْ مَّرْضٰٓى اَوْ عَلٰى سَفَرٍ اَوْ جَاۤءَ اَحَدٌ مِّنْكُمْ مِّنَ الْغَاۤىِٕطِ اَوْ لٰمَسْتُمُ النِّسَاۤءَ فَلَمْ تَجِدُوْا مَاۤءً فَتَيَمَّمُوْا صَعِيْدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوْا بِوُجُوْهِكُمْ وَاَيْدِيْكُمْ مِّنْهُ ۗمَا يُرِيْدُ اللّٰهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِّنْ حَرَجٍ وَّلٰكِنْ يُّرِيْدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهٗ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ6

Wahai orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat dalam keadaan berhadas kecil, maka hendaklah kamu berwuduk dengan membasuh wajahmu dan kedua tanganmu sampai kepada siku, dan sapulah sebahagian dari kepalamu dan basuhlah kedua kakimu sampai ke buku lali. Jika kamu dalam keadaan berjunub, maka hendaklah kamu bersuci dengan mandi. Dan jika sekiranya kamu sakit, dalam permusafiran, selesai membuang air, atau menyentuh perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan debu tanah yang suci, usaplah wajahmu dan tanganmu dengan debu itu. Allahtidakmahu menyulitkanmu, sebaliknya mahu membersihkanmu dan menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu supaya kamu bersyukur.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)