Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-89

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَا يُؤَاخِذُكُمُ اللّٰهُ بِاللَّغْوِ فِيْٓ اَيْمَانِكُمْ وَلٰكِنْ يُّؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُّمُ الْاَيْمَانَۚ فَكَفَّارَتُهٗٓ اِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسٰكِيْنَ مِنْ اَوْسَطِ مَا تُطْعِمُوْنَ اَهْلِيْكُمْ اَوْ كِسْوَتُهُمْ اَوْ تَحْرِيْرُ رَقَبَةٍ ۗفَمَنْ لَّمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلٰثَةِ اَيَّامٍ ۗذٰلِكَ كَفَّارَةُ اَيْمَانِكُمْ اِذَا حَلَفْتُمْ ۗوَاحْفَظُوْٓا اَيْمَانَكُمْ ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُوْنَ 89

Allah tidak menghukum kamu dengan sumpah yang tidak dimaksudkan, tetapi Allah menghukum kamu atas sumpah yang kamu buat dengan sengaja. Sekiranya kamu ingin membatalkan sumpah itu, maka bayaran kaffarahnya ialah sama ada memberi makan sepuluh orang miskin dengan jenis makanan yang sederhana yang kamu biasa berikan kepada keluarga kamu, memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak mampu untuk melaksanakan antara tiga perkara tersebut, maka hendaklah dia berpuasa selama tiga hari. Perkara tersebut ialah kaffarah penebus sumpah apabila kamu telah bersumpah. Peliharalah sumpah kamu itu. DemikianlahAllah menerangkan kepada kamu hukum-hakam-Nya agar kamu bersyukur kepada-Nya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)