Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-94

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَيَبْلُوَنَّكُمُ اللّٰهُ بِشَيْءٍ مِّنَ الصَّيْدِ تَنَالُهٗٓ اَيْدِيْكُمْ وَرِمَاحُكُمْ لِيَعْلَمَ اللّٰهُ مَنْ يَّخَافُهٗ بِالْغَيْبِۚ فَمَنِ اعْتَدٰى بَعْدَ ذٰلِكَ فَلَهٗ عَذَابٌ اَلِيْمٌ 94

Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebahagian daripada binatang buruan yang mudah ditangkap dengan tangan dan lemparan lembing kamu semasa kamu dalam keadaan berihram. lni supaya Allah mengetahui orang yang benar-benar takut kepada-Nya meskipun tanpa melihat-Nya. Sesiapa yang melampaui batas dengan memburu binatang buruan tersebut semasa berihram selepas peringatan ini, maka baginya azab yang amat pedih.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)