Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-95

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا لَا تَقْتُلُوا الصَّيْدَ وَاَنْتُمْ حُرُمٌ ۗوَمَنْ قَتَلَهٗ مِنْكُمْ مُّتَعَمِّدًا فَجَزَۤاءٌ مِّثْلُ مَا قَتَلَ مِنَ النَّعَمِ يَحْكُمُ بِهٖ ذَوَا عَدْلٍ مِّنْكُمْ هَدْيًاۢ بٰلِغَ الْكَعْبَةِ اَوْ كَفَّارَةٌ طَعَامُ مَسٰكِيْنَ اَوْ عَدْلُ ذٰلِكَ صِيَامًا لِّيَذُوْقَ وَبَالَ اَمْرِهٖ ۗعَفَا اللّٰهُ عَمَّا سَلَفَ ۗوَمَنْ عَادَ فَيَنْتَقِمُ اللّٰهُ مِنْهُ ۗوَاللّٰهُ عَزِيْزٌ ذُو انْتِقَامٍ 95

Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang buruan semasa kamu berihram. Sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka denda perbuatan itu ialah sama ada dengan menggantikan binatang buruan itu dengan binatang ternakan yang sepadan dengannya berdasarkan keputusan dua orang yang adil antara kamu sebagai hadiah yang perlu dibawa ke Kaabah untuk disembelih dan dibahagikan dagingnya kepada fakir miskin di tanah suci, membayar kaffarah dengan memberi satu cupak makanan kepada setiap orang miskin yang sama nilai dengan binatang yang dibunuh, atau berpuasa dengan jumlah hari yang sama dengan bilangan cupak yang sepatutnya diberikan kepada orang-orang miskin. Denda ini adalah supaya seseorang itu merasakan akibat buruk daripada perbuatannya. Allah telah memaafkan perbuatan membunuh buruan yang telah lalu, namun sesiapa yang kembali melakukannya maka Allah akan membalasnya. lngatlah Allah itu Maha Perkasa dan Berkuasa mengenakan hukuman balasan ke atas mereka yang melanggar larangan-Nya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)