Tafsir Surah

5Al-Ma'idah - الماۤئدة

Ayat ke-97

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

۞ جَعَلَ اللّٰهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيٰمًا لِّلنَّاسِ وَالشَّهْرَ الْحَرَامَ وَالْهَدْيَ وَالْقَلَاۤىِٕدَ ۗذٰلِكَ لِتَعْلَمُوْٓا اَنَّ اللّٰهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۙ وَاَنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ 97

Allah menjadikan Kaabah rumah yang suci itu sebagai tempat tumpuan manusia untuk menjalankan ibadat dan juga hal-hal kehidupan. Begitu juga Allah menjadikan keamanan pada bulan-bulan haram, binatang-binatang korban berserta kalungannya itu untuk kebaikan manusia. la adalah supaya kamu memaklumi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)