وَكَمْ اَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِّنْ قَرْنٍ هُمْ اَشَدُّ مِنْهُمْ بَطْشًا فَنَقَّبُوْا فِى الْبِلَادِۗ هَلْ مِنْ مَّحِيْصٍ 36
Dan berapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, sedangkan umat itu lebih kuat daripada mereka. Umat yang telah dibinasakan itu pernah menjelajah di segenap negeri. Tetapi dapatkah mereka menyelamatkan diri daripada azab Allah.