Tafsir Surah

55Ar-Rahman - الرحمن

Ayat ke-20

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيٰنِۚ20

Terdapat batas pemisah yang menghalang kedua-duanya daripada bercantum.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah بَرْزَخٌ Ayat 20 Surah al-Rahman

Dari sudut bahasa ia bermaksud batas atau pembatas. Ahli tafsir mempunyai : beberapa pendapat. lbn Kathir berkata · ia adalah tanah yang kering atau daratan yang memisahkan antara dua laut. AITabari menukilkan daripada Qatadah, ia adalah pulau. Dr. Ali Muhammad al-Sallabi dalam bukunya al-Mu1izat al-Khalidah menyatakan pada tahun 1942 saintis mengumumkan penemuan “benteng air” yang memisahkan antara dua laut yang bertemu.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)