Tafsir Surah

57Al-Hadid - الحديد

Ayat ke-13

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يَوْمَ يَقُوْلُ الْمُنٰفِقُوْنَ وَالْمُنٰفِقٰتُ لِلَّذِيْنَ اٰمَنُوا انْظُرُوْنَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُّوْرِكُمْۚ قِيْلَ ارْجِعُوْا وَرَاۤءَكُمْ فَالْتَمِسُوْا نُوْرًاۗ فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُوْرٍ لَّهٗ بَابٌۗ بَاطِنُهٗ فِيْهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهٗ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُۗ13

Pada hari orang munafik lelaki dan perempuan berkata kepada orang beriman, “Tunggulah kami, kami ingin mengambil secebis daripada cahaya kamu.” Dikatakan kepadaorang munafik, “Kembalilah ke belakang dan carilah cahaya di sana.” Lalu terbina sebuah tembok yang terdapat pintu padanya yang memisahkan antara orang mukmin dan munafik, di sebelah dalamnya terdapat rahmat, dan di sebelah luarnya terdapat azab.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah نُّورِكُمْ Ayat 13 Surah al-Hadid

Menurut al-Qurtubi seperti yang dinyatakan dalam riwayat-riwayat, pada hari kiamat manusia berada di dalam kegelapan. Kata al-Mawardi, “Aku berasa ia ber1aku selepas hisab. Selepas itu mereka akan diberikan cahaya. Mukmin akan memperolehnya dan orang kafir pula tidak menerimanya. Munafik diberikan cahaya yang palsu. Ada pendapat yang menyatakan Mukmin dan munafik diberikan cahaya dan selepas itu barulah cahaya dirampas daripada mereka. Sebahagian pendapat menyatakan cahaya ini untuk berjalan di atas titian sirat.”
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)