يُنَادُوْنَهُمْ اَلَمْ نَكُنْ مَّعَكُمْۗ قَالُوْا بَلٰى وَلٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ اَنْفُسَكُمْ وَتَرَبَّصْتُمْ وَارْتَبْتُمْ وَغَرَّتْكُمُ الْاَمَانِيُّ حَتّٰى جَاۤءَ اَمْرُ اللّٰهِ وَغَرَّكُمْ بِاللّٰهِ الْغَرُوْرُ 14
Mereka memanggil orang beriman dengan berkata, “Bukankah kami bersama-sama kamu ketika di dunia dahulu?” Orang beriman menjawab, “Benar, tetapi kamu telah merosakkan diri kamu sendiri dengan memilih jalan nifak; kamu pula sentiasa menantinantikan kekalahan orang beriman, dan kamu sangsi akan pertolongan Allah terhadap orang beriman; dan kamu terpedaya dengan angan-angan dan impian, sehinggalah datangnya ketetapan Allah dan kamu telah diperdaya oleh syaitan dengan tipu dayanya”