Tafsir Surah

57Al-Hadid - الحديد

Ayat ke-19

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَالَّذِيْنَ اٰمَنُوْا بِاللّٰهِ وَرُسُلِهٖٓ اُولٰۤىِٕكَ هُمُ الصِّدِّيْقُوْنَ ۖوَالشُّهَدَاۤءُ عِنْدَ رَبِّهِمْۗ لَهُمْ اَجْرُهُمْ وَنُوْرُهُمْۗ وَالَّذِيْنَ كَفَرُوْا وَكَذَّبُوْا بِاٰيٰتِنَآ اُولٰۤىِٕكَ اَصْحٰبُ الْجَحِيْمِ ࣖ19

Dan orang yang beriman dengan Allah dan rasul-Rasul-Nya, merekalah golongan yang benar dan golongan syuhada di sisi Tuhan mereka, bagi mereka segala ganjaran dan cahaya. Dan orang kafir yang mendustakan ayatayat Kami, merekalah penghuni neraka.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah والشُّهَدَاءُ Ayat 19 Surah al-Hadid

الشُّهَدَاءُ adalah kata jamak. Mufrad ialah شاهد . la bermaksud saksi. Maksud mengikut konteks ialah orang yang mati syahid dalam peperangan. AI-Sa'di berkata, “Syuhada ialah orang-orang yang berperang pada jalan Allah untuk meninggikan kalimah Allah, mereka menyumbangkan diri mereka, harta mereka lalu mereka dibunuh.” AI-Qurtubi menukilkan pendapat lain iaitu umat para rasul yang bersaksi terhadap apa yang mereka lakukan sama ada ketaatan atau maksiat atau mereka bersaksi bahawa Nabi-Nabi telah menyampaikan risalah mereka.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)