Tafsir Surah

57Al-Hadid - الحديد

Ayat ke-25

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَقَدْ اَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنٰتِ وَاَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتٰبَ وَالْمِيْزَانَ لِيَقُوْمَ النَّاسُ بِالْقِسْطِۚ وَاَنْزَلْنَا الْحَدِيْدَ فِيْهِ بَأْسٌ شَدِيْدٌ وَّمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللّٰهُ مَنْ يَّنْصُرُهٗ وَرُسُلَهٗ بِالْغَيْبِۗ اِنَّ اللّٰهَ قَوِيٌّ عَزِيْزٌ ࣖ 25

Sesungguhnya Kami telah mengutuskan para rasul Kami dengan membawa keterangan dan hujah yang jelas, dan Kami turunkan bersama mereka itu kitab dan neraca keadilan supaya manusia berlaku adil sesama mereka. Kami turunkan pula besi yang mengandungi kekuatan dan manfaat bagi manusia, supaya Allah memberitahu siapakah yang akan membantu untuk memenangkan Allah dan para RasulNya walaupun Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah وَأَنزَلْنَا الْحَدِيدَ Ayat 25 Surah al-Hadid

Ayat ini bermaksud Kami mencipta dan mengeluarkan besi iaitu sejenis bahan logam daripada bumi. (al-Zuhaili)
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)