Tafsir Surah

57Al-Hadid - الحديد

Ayat ke-28

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَاٰمِنُوْا بِرَسُوْلِهٖ يُؤْتِكُمْ كِفْلَيْنِ مِنْ رَّحْمَتِهٖ وَيَجْعَلْ لَّكُمْ نُوْرًا تَمْشُوْنَ بِهٖ وَيَغْفِرْ لَكُمْۗ وَاللّٰهُ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌۙ28

Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan berimanlah bersama-sama dengan Rasul-Nya, nescaya Dia akan berikan kamu dua bahagian rahmat-Nya, dan dikurniakan kepada kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya pada hari kiamat kelak serta diampunkan dosadosa kamu. Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah كِفْلَيْنِ Ayat 28 Surah al-Hadid

Diterjemahkan sebagai dua bahagian. Maksud di sini ialah dua kali ganda. Ertinya Allah SWT memberikan dua kali ganda rahmat-Nya. lbn Kathir menukilkan daripada Said bin Jubair, dua kali ganda, dan Allah menambahkan lagi kepada mereka. AI-Qurtubi menukilkan daripada lbn Zaid, dua bahagian itu adalah ganjaran di dunia dan ganjaran di akhirat. AI-Tabari berkata, Dia memberikan kepada kamu ganjaran dua kali ganda.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)