Tafsir Surah

57Al-Hadid - الحديد

Ayat ke-6

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يُوْلِجُ الَّيْلَ فِى النَّهَارِ وَيُوْلِجُ النَّهَارَ فِى الَّيْلِۗ وَهُوَ عَلِيْمٌ ۢبِذَاتِ الصُّدُوْرِ 6

Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang, dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dialah Maha Mengetahui segala apa yang terkandung dalam hati.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah يُولِجُ Ayat 6 Surah al-Hadid

AI-Qurtubi menukilkan daripada lbn Abbas RA, Mujahid, al-Hasan, Qatadah, al-Suddi bahawa maksud “Memasukkan” ialah memasukkan masa malam ke dalam masa siang. Masa siang akan menjadi lebih panjang sehingga boleh mencapai 15 jam dan malam menjadi pendek sehingga menjadi 9 jam. AI-Qurtubi berkata kemungkinan maksud memasukkan ialah silih berganti iaitu siang dan malam.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)