Tafsir Surah

58Al-Mujadalah - المجادلة

Ayat ke-1

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

قَدْ سَمِعَ اللّٰهُ قَوْلَ الَّتِيْ تُجَادِلُكَ فِيْ زَوْجِهَا وَتَشْتَكِيْٓ اِلَى اللّٰهِ ۖوَاللّٰهُ يَسْمَعُ تَحَاوُرَكُمَاۗ اِنَّ اللّٰهَ سَمِيْعٌۢ بَصِيْرٌ 1

Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata perempuan yang bersoal jawab denganmu wahai Muhammad berkenaan suaminya. Dia mengadu kepada Allah dan Allah mendengar dialog kalian berdua. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat

Tafsir Terjemahan

Objektif surah ini ialah menzahirkan keluasan ilmu ALLAH SWT yang mendorong kepada : pengawalan tingkah laku seorang hamba. Antara kandungan surah ini ialah; penjelasan hukum-hakam keluarga, adab berinteraksi dengan masyarakat dan pendedahan sifat : golongan munafik.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)