Tafsir Surah

58Al-Mujadalah - المجادلة

Ayat ke-10

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اِنَّمَا النَّجْوٰى مِنَ الشَّيْطٰنِ لِيَحْزُنَ الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَلَيْسَ بِضَاۤرِّهِمْ شَيْـًٔا اِلَّا بِاِذْنِ اللّٰهِ ۗوَعَلَى اللّٰهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُوْنَ10

Sesungguhnya perbincangan secara rahsia itu adalah daripada syaitan dengan tujuan supaya orang beriman berdukacita dan bersedih. Namun syaitan tidak akan dapat memberi kemudaratan sedikit pun kepada mereka melainkan dengan izin Allah. Orang yang beriman hanya bertawakal kepada Allah.

Tafsir Terjemahan

Asbab Nuzul Ayat 10 Surah al-Mujadilah

Dalipada Qatadah berkata: Golongan munafik berbisik sesama mereka. Perkara ini menyebabkan kaum Mukminin berasa amat marah dan merisaukan mereka, maka Allah SWT menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)