Tafsir Surah

58Al-Mujadalah - المجادلة

Ayat ke-12

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِذَا نَاجَيْتُمُ الرَّسُوْلَ فَقَدِّمُوْا بَيْنَ يَدَيْ نَجْوٰىكُمْ صَدَقَةً ۗذٰلِكَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَاَطْهَرُۗ فَاِنْ لَّمْ تَجِدُوْا فَاِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ 12

Wahai orang yang beriman! Apabila kamu ingin berbicara secara bersendirian dengan rasul, maka berikanlah sedekah sebelum kamu berbicara dengan Baginda. ltu adalah lebih baik dan lebih bersih untuk kamu. Apabila kamu tidak menemui apa-apa untuk disedekahkan, maka sesungguh-nya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tafsir Terjemahan

Asbab Nuzul Ayat 12-13 Surah al-Mujadilah

Daripada lbn Abbas R.A berkata: Ayat ini berkenaan dengan kaum Muslimin yang banyak bertanya kepada Rasulullah SAW sehingga menyukarkan Baginda. Kemudian ALLAH SWT menurunkan ayat: {فَإِذْ لَمْ تَفْعَلُوا وَتَابَ اللَّـهُ عَلَيْكُمْ فَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ) [Surah al-Mujadilah:13] Allah memberikan keluasan kepada kaum Muslimin dan tidak menyekat mereka.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)