Tafsir Surah

58Al-Mujadalah - المجادلة

Ayat ke-22

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

لَا تَجِدُ قَوْمًا يُّؤْمِنُوْنَ بِاللّٰهِ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ يُوَاۤدُّوْنَ مَنْ حَاۤدَّ اللّٰهَ وَرَسُوْلَهٗ وَلَوْ كَانُوْٓا اٰبَاۤءَهُمْ اَوْ اَبْنَاۤءَهُمْ اَوْ اِخْوَانَهُمْ اَوْ عَشِيْرَتَهُمْۗ اُولٰۤىِٕكَ كَتَبَ فِيْ قُلُوْبِهِمُ الْاِيْمَانَ وَاَيَّدَهُمْ بِرُوْحٍ مِّنْهُ ۗوَيُدْخِلُهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِيْ مِنْ تَحْتِهَا الْاَنْهٰرُ خٰلِدِيْنَ فِيْهَاۗ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُۗ اُولٰۤىِٕكَ حِزْبُ اللّٰهِ ۗ اَلَآ اِنَّ حِزْبَ اللّٰهِ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ ࣖ 22

Kamu tidak akan menemui kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat saling berkasih sayang dengan orang yang memusuhi Allah dan RasulNya, walaupun orang-orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya itu bapabapa mereka, anak-anak mereka, saudara-saudara kandung mereka atau kaum kerabat mereka. Mereka ialah orang-orang yang Allah tetapkan iman dalam hati-hati mereka dan Allah menguatkan mereka dengan pertolongan daripada-Nya. Allah memasukkan mereka ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Allah meredhai mereka dan mereka meredhai Allah. Mereka itu ialah pengikut-pengikut Allah. Ketahuilah sesungguhnya para pengikut Allah itu adalah golongan yang berjaya.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah بِرُوحٍ Ayat 22 Surah al-Mujadilah

AI-Qurtubi menukilkan beberapa padangan mengenai maksud ruh dalam ayat ini. Al-Hasan berkata ia adalah kemenangan. Al-Rabi' bin Anas berkata ia adalah al-Quran dan hujah-hujahnya. lbn Juraij berkata ia adalah cahaya, iman, hujah dan petunjuk. Dikatakan ia rahmat Allah. Sebahagian mufasir berkata ia adalah Jibril A.S.

Bayan Kalimah J1 حِزْبُ اللَّـهِ Ayat 22 Surah al-Mujadilah

AI-Talbari menjelaskan bahawa mereka adalah penolong-penolong agama Allah. AI-Qurtubi berkata, orang yang menyerahkan urusannya kepada Allah, melaksanakan perintah Rasul-Nya, menolong orang-orang Islam, maka dia daripada حِزْبُ اللَّـهِ
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)