Tafsir Surah

58Al-Mujadalah - المجادلة

Ayat ke-7

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

اَلَمْ تَرَ اَنَّ اللّٰهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْاَرْضِۗ مَا يَكُوْنُ مِنْ نَّجْوٰى ثَلٰثَةٍ اِلَّا هُوَ رَابِعُهُمْ وَلَا خَمْسَةٍ اِلَّا هُوَ سَادِسُهُمْ وَلَآ اَدْنٰى مِنْ ذٰلِكَ وَلَآ اَكْثَرَ اِلَّا هُوَ مَعَهُمْ اَيْنَ مَا كَانُوْاۚ ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيٰمَةِۗ اِنَّ اللّٰهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ 7

Adakah kamu tidak melihat Allah mengetahui segala apa yang ada di langit dan di bumi. Tidak ada tiga orang yang bercakap secara rahsia melainkan yang keempat ialah Allah. Tidak ada lima orang yang bercakap secara rahsia melainkan yang keenam adalah Allah. Tidak kira bilangan orang yang bercakap secara rahsia, sama ada lebih sedikit atau lebih banyak daripada itu, Allah tetap bersama di mana sahaja mereka berada. Kemudiannya Allah akan memberitahu mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka lakukan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui semua perkara.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)