اَلَمْ تَرَ اِلَى الَّذِيْنَ نُهُوْا عَنِ النَّجْوٰى ثُمَّ يَعُوْدُوْنَ لِمَا نُهُوْا عَنْهُ وَيَتَنٰجَوْنَ بِالْاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَمَعْصِيَتِ الرَّسُوْلِۖ وَاِذَا جَاۤءُوْكَ حَيَّوْكَ بِمَا لَمْ يُحَيِّكَ بِهِ اللّٰهُ ۙوَيَقُوْلُوْنَ فِيْٓ اَنْفُسِهِمْ لَوْلَا يُعَذِّبُنَا اللّٰهُ بِمَا نَقُوْلُۗ حَسْبُهُمْ جَهَنَّمُۚ يَصْلَوْنَهَاۚ فَبِئْسَ الْمَصِيْرُ 8
Adakah kamu tidak melihat pula orang-orang Yahudi yang dilarang mengadakan perbincangan secara rahsia. Namun mereka tetap kembali melakukan apa yang telah dilarang iaitu berbincang secara rahsia dalam perkara yang mendatangkan dosa, permusuhan dan keingkaran kepada rasul. Apabila mereka datang kepadamu, mereka memberi ucapan salam yang Allah sesekali tidak pernah memberi ucapan seperti itu kepadamu. Mereka berkata sesama mereka, “Jika benar Muhammad itu utusan Allah, mengapa Allah tidak mengazab kita atas apa yang kita katakan?” Cukuplah bagi mereka Neraka Jahannam yang akan membakar mereka. la adalah seburuk-buruk tempat kembali.