Tafsir Surah

59Al-Hasyr - الحشر

Ayat ke-18

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اتَّقُوا اللّٰهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۚ وَاتَّقُوا اللّٰهَ ۗاِنَّ اللّٰهَ خَبِيْرٌ ۢبِمَا تَعْمَلُوْنَ 18

Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memikirkan apa yang dipersiapkan untuk hari kiamat. Bertakwalah kepadaAllah. Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya terhadap apa yang kamu semua lakukan.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah لِغَدٍ Ayat 18 Surah al-Hasyr

Menurut al-Tabari, al-Ourtubi dan al-Baghawi, yang dimaksudkan dengan hari esok ialah hari kiamat. AI-Qurtubi berkata, orang Arab membuat perumpamaan untuk masa akan datang dengan 'hari esok'. Dikatakan menyebut hari esok sebagai peringatan kiamat adalah dekat.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)