Tafsir Surah

59Al-Hasyr - الحشر

Ayat ke-2

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

هُوَ الَّذِيْٓ اَخْرَجَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا مِنْ اَهْلِ الْكِتٰبِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِاَوَّلِ الْحَشْرِۗ مَا ظَنَنْتُمْ اَنْ يَّخْرُجُوْا وَظَنُّوْٓا اَنَّهُمْ مَّانِعَتُهُمْ حُصُوْنُهُمْ مِّنَ اللّٰهِ فَاَتٰىهُمُ اللّٰهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوْا وَقَذَفَ فِيْ قُلُوْبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُوْنَ بُيُوْتَهُمْ بِاَيْدِيْهِمْ وَاَيْدِى الْمُؤْمِنِيْنَۙ فَاعْتَبِرُوْا يٰٓاُولِى الْاَبْصَارِ 2

Dia yang mengusir orang kafir dalam kalangan ahli kitab daripada kediaman mereka buat kali pertama ketika mereka berhimpun untuk memerangi Rasulullah. Kamu semua pun tidak menyangka mereka akan keluar. Mereka menyangka bahawa mereka akan dilindungi oleh kubu-kubu daripada hukuman balasan Allah. Allah melaksanakan hukuman balasan-Nya dalam keadaan di luar jangkaan mereka. Allah campakkan ketakutan dalam hati-hati mereka. Mereka membinasakan kediaman mereka dengan tangan-tangan mereka dari dalam dan orang orang beriman mengepung mereka dari luar. Justeru, ambillah pengajaran wahai orang yang celik mata hatinya.

Tafsir Terjemahan

Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)