Tafsir Surah

59Al-Hasyr - الحشر

Ayat ke-5

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

مَا قَطَعْتُمْ مِّنْ لِّيْنَةٍ اَوْ تَرَكْتُمُوْهَا قَاۤىِٕمَةً عَلٰٓى اُصُوْلِهَا فَبِاِذْنِ اللّٰهِ وَلِيُخْزِيَ الْفٰسِقِيْنَ 5

Mana-mana jua pokok-pokok kurma yang kamu tebang atau dibiarkan tegak berdiri, maka semuanya dengan izin Allah. la bertujuan supaya Allah dapat memberi kehinaan kepada orang-orang yang fasik.

Tafsir Terjemahan

Asbab Nuzul Ayat 5 Surah al-Hasyr

Daripada lbn 'Umar R.A berkata: Rasulullah SAW membakar kebun tamar Bani al-Nadhir dan memotongnya, iaitu di al-Buwayrah (nama penempatan Bani al-Nadhir yang diperangi oleh Rasulullah SAW), maka Allah menurunkan ayat ini.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)