Tafsir Surah

59Al-Hasyr - الحشر

Ayat ke-6

X
Daftar Surah
Terakhir Dibaca Belum Ada. Click pada simbol ✓ untuk menandai.
Audio Murottal
Ke ayat

وَمَآ اَفَاۤءَ اللّٰهُ عَلٰى رَسُوْلِهٖ مِنْهُمْ فَمَآ اَوْجَفْتُمْ عَلَيْهِ مِنْ خَيْلٍ وَّلَا رِكَابٍ وَّلٰكِنَّ اللّٰهَ يُسَلِّطُ رُسُلَهٗ عَلٰى مَنْ يَّشَاۤءُۗ وَاللّٰهُ عَلٰى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ 6

Harta rampasan al-Fai' yang Allah berikan kepada Rasul-Nya daripada peninggalan harta orang-orang yang diusir, adalah harta yang kamu semua dapatkan tanpa perlu memecut kuda dan menunggang unta. Kamu tidak berperang tetapi Allah memberi kepada Rasul-Nya penguasaan untuk mengalahkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Tafsir Terjemahan

Bayan Kalimah قأَفَاءَ Ayat 6 Surah al-Hasyr

Dari segi bahasa ia bermaksud kembali, dari segi syarie ia adalah harta yang diperoleh oleh tentera Islam tanpa melalui peperangan seperti apa yang telah berlaku pada kaum Yahudi Bani Nadhir saat mereka dijatuhkan hukuman agar keluar dari bumi Madinah meninggalkan kebanyakan harta mereka untuk tentera Muslimin.
Sumber:
Terjemahan al-Quran Mukhtasar al-Bayan (TQMB)